Saturday, August 11, 2012

#5


Assalamualaikum wbt. Semoga sihat-sihat hendaknya para pembaca blog ku. HUHU. Bulan-bulan puasa ni, kena la sihat-sihat. Karang tak sihat, jadi alas an tak nak puasa plak. No No No. Jangan begitu. Tak baik taw.

Malas nak intro banyak-banyak, so, aku terus cerita la ea. Last two weeks, dia message aku ajak berbuka same. Malangnya, masa tu aku dekat Port Dickson, hantar adik aku balik poli. So, tak bole la nak berbuka same-same. Kecewa sudah tentu. Tapi nak buat macam mane, tak de rezeki nak buka puasa dengan dia kan.

The next week, aku ingat nak ajak dia berbuka same la kan. HEHE. Tapi weekend tu, aku kua dengan my family. Shopping for Raya. Aku dah agak2 ni balik nanti sempat kot nak message dia ajak berbuka. Memang masa shopping tu, aku tak tengok henpon langsung. Dah otw balik baru aku perasan ade message. Then aku buka la. Taaraaaaaa ! Dia message. And for the second time, dia ajak berbuka sama-sama. *Dalam hati, nasib baik dah otw balik. HAHA. Then aku reply la. Belum sempat delivered, dia dah call. Amboi, sabar la cik abang, saya baru je reply message awak. Ngee~ Gatai ! Nak di jadikan cerita, battery fon masa tu memang tunggu time je nak habis. Alahai battery, time ni la kau nak habis kan. Benci betol.

Aku ni dah serba-salah. Nak angkat ke tak dia call? Jap lagi kalau angkat, takut mati plak fon ni. Kalau tak angkat, tak dapat cakap. Cane ? Last-last, tawakal je la. Angkat. Gtaw la baru otw balik ape sume. Tak sure bole kua same ke tak sume. Suara tak payah nak kecewa sangat la awak sebab tak dapat kua buka same-same. HAHA. Pastu, dia hang up. Ish ! Orang belum habis cakap la awak. Dia selalu macam tu. Benci ! Pastu aku tunggu la kot-kot dia nak reply message aku yang tadi tu. Memang harapan la kan. Dia tak reply pun. Last-last, aku tido sampai Banting.

Tido punye tido, aku terjaga bila mak aku tanya ayah aku, nak singgah mana-mana lagi tak. Dalam hati aku, cakap ‘tak’ ayah. Plissss. Aku nak kua dengan dia ! Ngeh3. Tapi ayah cakap singgah plak. Eeeii ! Ikot jela. Lagipun, masa tu awal lagi. Belum pukul 6 pun. Masa shopping kat Banting tu, aku memang dah tak de mood da. Nak balik cepat. Doa ni dalam hati, cepat la habis shopping. HAHA. Thank God, kitorang habis shoping dalam pukul 5.45 cam tu. Then balik la. At the same time, tangan ni dah pegang henpon nak message dia.

Hmmm, tak sempat nak bukak menu kat fon tu, dia dah message dulu. Wahhhh ! Nampak tak chemistry kitorang ? HAHA. Dia tanya, bole tak kua buka sama. So aku jawab 'Ok la'. Aku suruh dia pick up aku. Dah setuju ape sume. Sampai je rumah, terus siap-siap, solat sume. Aku terus kua. Tepat pada masa and ketika aku sampai kat tempat yang aku suruh dia pick up aku tu. Haaaaa, Nampak tu konsep dia ? HAHA

Then kitorang gerak la. Dia tanya aku nak buka kat mana. Aku mana taw. Dah dia ajak aku, dia la pikir tempat. Aku cukup tak gemar kalau kena fikir-fikir tempat nak pegi ni. Ngee~~ Dia bawak aku g makan kat Klang. Dah habis makan tu, dia tanya plak, nak pegi mana lagi ni ? Aku memang tak de plan nak pegi mana-mana malam tu. Aku jawab la, “Ntah. Awak nak pegi mana.” Dia kata dia nak g Tesco. Nak membeli-belah katanya. Aku pun oke je la.

Sampai Tesco, baru aku terfikir, dia nak beli barang ape kat sini. Tak kan nak shopping raya kat Tesco kot. Hmm. Layan je la kan. Aku pun follow je la dia. Dia g amek troli. Elok je awal tu dia tolak. Masuk je dalam tu, bole dia suruh aku yang tolak. Pemalas la dia ni. Aku pun tolak la dengan rela tak rela. HAHA. Da la amek troli tak best. Pastu di bawak nya aku pegi tempat barang-barang kereta. Ni yang lemah ni. Tak suke la. Tapi nak buat macam mana, dah dia bawak aku, aku ikot je la. Dia beli la barang untuk kereta dia. HAHA.

Then jalan tengok apa benda la tools untuk repair-repair benda. Dia memang cukup minat dengan benda-benda macam tu. Tension aku la. Dah puas dia belek-belek sume benda kat tempat tu, kitorang jalan la. Aku tolak troli kat belakang, dia bole syok bahagia jalan kat depan. Ciss ! Nampak tak yang aku kena buli ? Tak aci ! Then aku panggil la dia, suh dia tarik troli tu, senang sket aku nak tolak. Tak la sume benda aku langgar. Haha.

Lepas tu, kitorang g bahagian makanan plak. Masa kat bahagian makanan ni, aku rase macam aku ni bini dia plak. HAHA. Bengong ! Aku ikot kn je la. Dia amek la nuggets, burger, maggi, lagi ape ? Ice cream sume cukup. Vitagen pun dia amek jugak. Ya Allah, ni nak beli untuk sebulan ke setengah tahun ni ? Banyak makanan dia beli. Patot la gemok ! Hahaha. Dah pusing satu Tesco, dia g bayar ape sume. Aku jugak tu yang kena tolak troli keluar. Heeiii, nasib baik la aku suka kau mamat. Kalau tak, jangan harap aku bagi kau buli aku taw.

Sampai kereta, aku bia je dia susun barang dia sorang-sorang. Padan muka. Huhu. Then, aku budget dia nak balik dah. Dia tanya aku nak jalan mana. Belom nak balik rupenya. Aku pun belom nak balik sebenarnya. HAHA. Alang-alang kua, bia la lama terus kan. Aku memang tak taw nak pegi mana kat Klang ni. Tak familiar la area Klang.

Last-last, dia yang decide nak g tempat yang selalu dia ajak, tapi aku tak nak pegi. Oleh kerana dia dah selalu ajak, and aku tak nak, so, malam 2 aku setuju jela pegi sana. Nak gak tengok macam mane suasana malam kat sane. Sampai je sana, tengok-tengok orang sume dah kemas kedai. Mana tak nya kalau sampai sana dah pukul 10. Memang la orang dah kemas. Nak balik rehat, esok pagi nak sahur. Aku cakap cam tu kat dia, Bole plak dia gelak. Salah ke aku cakap ? Betul la kan. Turun je dari kereta, aku terus cari port nak duduk. Tak lame aku duduk, dia ajak aku jalan plak. Awak, saya penat la. Sehari suntuk taw saya berjalan. *dalam hati je cakap tu*

Dengan malas, aku bangun la jugak ikot dia jalan. Tengok kot-kot ada pape lagi kat sebelah sana. Memang dah tak de ape la kan. Dah sampai hujung, aku duk balik kat tembok tepi tu. Baru duduk, x sampai seminit, dah ajak patah balik. Ngeeee ! Geram betol. Pastu dia cakap aku malas nak jalan ! *Saya penat la, bukan malas* Tapi aku bangun jugak. Di buat nye dia tinggal aku kat situ, lagi naye. Walaupun ade orang lagi, seram jugak kot. HEHE. Dah puas jalan tu, dah boring tak de pape, dia ajak balik. Sebab aku pun dah penat, so, kitorang pun balik la.

On the way balik aku memang senyap je. Penat kot. Dia tu memang tak bole tengok aku aman. Ade je nak usik-usik. Nak tido pun tak bole. Geram betol. Last-last, kena seketul dengan aku. Padan muka. HAHA. Sampai Banting dalam pukul 11. Oke la tu kan, tak la lewat sangat. Before 12 am consider tak lewat la kan. HEHE.

Oke la, tu la ceritanya berbuka puasa bersama si dia. Wakaka. Aku taw dia bakal jadi milik orang lain. Tapi, sementara dia belum betul-betul jadi milik orang, sebelum aku betul-betul tak boleh rapat dengan dia, why not aku kumpul kan seberapa banyak kenangan dengan dia kan. At least,ade benda yang aku nak ingat pasal dia kemudian hari nanti. Aku akan ingat dia sebagai yang teristimewa selagi aku belum jumpa orang yang boleh buat aku lupe kan dia. Lepas jumpa pengganti dia, I’ll make sure, dia takkan muncul dalam memori aku kecuali sebgai kawan.

Sekian, Terima Kasih. Jumpa lagi di entry akan datang, Assalamualaikum. 

#4

Assalamualaikum and very good morning to all my readers. Ewah, budget macam ramai readers plak kau zaty ! Haha. Tak kisah la kan. Yang penting saya mengalu-alukan sape-sape yang sudi menjengah seterusnya membaca coretan ku di dalam blog yang tak berapa nak vogue ni.

Oke, straight to the point la. Rasenya, sape yang mengikuti siri-siri # tag ni tau kan, ape yang bakal aku ceritakan hari ni. Bagi sesiapa yang tak tau, korang cari la entry yangber’title’ #. Nanti korang tau la ceritanya berkaitan ape.

Di panjang kan cerita, lebih kurang empat minggu lepas, di petang yang hening lagi indah dan permai, di kala aku tengah bertungkus-lumus menyiapkan thesis aku, nokia buruk ni nyanyi lagu One Direction. Mula tu, aku wat dunno je la. Sape la yang nk call aku petang-petang cam tu kan. Membe aku pass tepon kat aku. Dengan malasnya aku amek la kan. Sekali tengok nama caller 2, rase macam nak melompat je. *memang dah melompat pun HAHA. Mau tak melompat ? Dia dah lama tak call aku since aku kua dari company tu taw. Then aku tanya la apehal call aku. Dalam kepala aku ni cume terfikir pasal kerja je. Tapi, bukan pasal kerja pun dia call tu. HAHA.

Guess what ? 





Jeng 








Jeng 









Jeng









Dia ajak aku kua ! Wahhh, Suke-suke ! HAHA. Dia ajak tengok wayang to be exact. Ngee, masa tu cerita ape ntah baru kua kat wayang. Tak ingat dah. Hehe. Unfortunately, masa tu dah petang, kalau tengok wayang, confirm tiket malam kan. Memang ayahanda tercinta tak bagi la aku kua. Kecewa ! So, message la dia, kata ayah tak bagi kua. Masa tu, sedih taw tak. Tapi tak pela, anak yang baik mendengar kata ibu bapa kn. *aku la tu HAHA

Dah aku cancel tengok wayang tu, ingatkan dia stop la message aku. Tapi, dia reply jugak. Dia ajak g tempat first time yang aku kua dengan dia. Eh2, dia ni macam tau-tau plak aku memang nak pegi sana. Asalnya, aku nak pegi sana nak bawak membe aku yang 2 orang tu. Maklumlah, depa dah nak balik Kedah, takut x dan mai lagi. HUHU. Then aku setuju je la. Keluar la kami berempat. Tapi sampai je tempat tu, macam kitorg kua asing-asing plak. Aku dengan dia, membe aku jalan dua orang.

Kat situ, first thing yang dia suggest is makan. Haha. Teringat plak first tme jumpa, tak sempat makan. So this time, dia ajak makan dulu. Then pegi la makan. Lepas makan, kitorang jalan-jalan. Duk kat tembok-tembok tu, borak-borak pasal keja, family, sume benda la borak. Tak terkecuali gadoh. Dia memang suka cari pasal dengan aku. Pasal kucing pun nak gado. HAHA. He loves cat so much ! Aku suke tengok dia layan, pegang kucing tu. Macam diri dia tu penuh dengan kasih saying. Ceh ! HAHA.

Dah gadoh-gadoh pasal kucing, dia ajak aku jalan area tu. Aku ok je la. Kitorang pun jalan la. Tawaf satu tempat tu. Sweet kan ? HAHA Then dah penat tawaf, join la membe2 aku yang tengah duduk kat tembok-tembok tepi tu. Kitorang borak-borak sampai boring. Dah tak taw nak borak ape, aku pun ajak la dorang balik. Tengok dia macam dah tak larat bukak mata je. Kesian plak kan. So, balik la kitorang.

And, malam tu, aku tido dengan rase yang tersangat la bahagia sebab dapat jumpa dia. Dia datang just right on time. Bila aku rase macam rindu or teringat dia, mesti dia akan call ajak kua ke ape ke. Dah tu, cane aku nak lupe kan dia ? Susah betol bila da suka ni. Haih !

Moral of the story > Enjoy the moment while we can ! HAHA

Friday, July 13, 2012

R.A.N.D.O.M 2

Assalamualaikum. Hello3. Apa khabar sekalian umat yang sudi menjenguk blog hamba ? Sihat hendaknya ye. HUHU. Ape kes tiba-tiba bertukar zaman ni. Abaikan. Akibat kebosanan terlampau di siang hari, aku dah menghabiskan masa dengan enjoy-enjoy tidur. So,ini bagi effect di malam hari, dimana aku tak bole tidur. So, akal mengarahkan jari-jemari aku yang tak berapa nak runcing ni untuk menaip berkarya dalam blog bersawang ni. HAHA. 

Oke. Hari ni nak cerita pasal plan yang tak tahu bila boleh terlaksana. Plan yang dimaksudkan ialah Baking Project. Yeay ! Percaya atau tidak, Izzaty Jufri nak baking ? HAHA Mohon percaya ye. Ingat aku tak reti baking ke ? Ada satu kek ni, aku teringin nak try which is Keladi Layer Cake. Lebih kurang Pandan Layer la. Resepi dah ada, just cari bahan-bahan and perkakas je. Oke, itu 1st plan.

Second plan is to make sure the 1st plan menjadi. HAHA. Nampak sangat ada 1 plan je kn. Abaikan je. Actually, I have sooo many recipe to try tau. Ntah kenapa, lately ni aku excited sangat nak baking2. Habis semua recipe aku korek. Tak pernah2 rajin camni. Selalu rajin fb n twitter je. Ngeee~~ Ini mungkin kerana Syawal yang bakal menjelma. So, perasaan nak try buat semua jenis cake and biscuit tu membuak2 bagaikan lahar gunung berapi. Haaa.. Kelasss takk ayat aku ? Kelass kau zaty ! :p

Nanti kan, kalau plan aku tu menjadi kenyataan, aku buat entry special regarding my Baking Project ea. Wahhh berangan kau. HAHA. Ntah bila nak terlaksana project tu kan. WAit and See je la ye. HUHU. Oke la. Otak dah bagi isyarat ke mata untuk lelap ni. Since, mata pun da kuyu ala-ala gadis jepun yang cute lagi sweet, aku mohon undur diri ye. Bye3. Assalamualaikum. Gud morning ! :)