Monday, October 24, 2011

Tika & Saat Itu

Di petang yang hening itu,
Fikiranku terbang melayang
Membawa aku ke suatu masa dahulu
Suatu masa yang membawa seribu kemanisan

Waktu itu, Aku dan Dia berdua,
Terasa bahagia bila dia memberi perhatian pada aku
Walau sekeliling terdengar hingar-bingar orang lain
Tidak aku ambil pusing mereka
Kerana di sisiku ada Dia :)

Kini, Dia tiada lagi,
Hanya aku sendiri meniti hari-hari indah bersama insan lain
Insan-insan yang amat aku sayang
Kerana mereka, aku lupa tentang kewujudan Dia
Aku rela, kerana itu yang aku mahu
LUPA pada Dia. Ya ! LUPA pada Dia.

Dan kini aku berjaya,
Semua kerana aku bersama sahabat-sahabat terbaikku
Terima Kasih sahabat
Kerana menjadi teman suka duka, 
Kerana menjadi motivator yang berwibawa. :))

Kini, walau aku sendiri,
Tanpa Dia disisiku
Aku tetap gembira
Malah lebih gembira berbanding ada dia di sisi
Mungkin ini hikmahnya
Aku Redha. :)

~Saat aku terkenang kamu~
                                                   izzaty jufri        


Friday, October 14, 2011

Entri Kosong

Assalamualaikum. :) Actually, aku tak taw nak tulis ape. Thats y entry ni title dia entry kosong. HUHU. 

- Dah tak de cita, nape wat new post?

Owh.. Saje la nak post entry baru, dah lama tak post entry kt blog ni. Karang bersawang teruk, susah plak nak cuci kan. HUHU. Tak kisah la ade cte ke tak. Jap ea, aku recall balik ape yang jadi lately ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Oke ! Dah ingat. Baru-baru ni or to be exact, minggu lepas la, class aku organized 1 event colaborate dengan YES. Taw x, YES tu benda ape? Ala.. broadband baru tu. Yang terpantas gitu. Diorang la cakap pantas, hakikatnye, tak taw la pantas ke tidak. HEE~ Okeh, aku bukan nak cite pasal YES broadband kat sni. Aku nak cite pasal event tu. Overall, semuanya berjalan lancar. ALHAMDULILLAH. 

Ade macam-macam aktiviti masa event tu, contohnye, jualan, mini konsert kt booth YES -Pesawat and Ana Rafali- , kat booth kitorang buat karaoke competition and green day.. GO GREEN !! HUHU.. Tak sangka, karaoke tu dapat sambutan sebab mula-mula tu orang tak de sangat Bak kate lecturer Agro aku, promotion kurang. HUHU. Tapi tak kisah la, yang penting ade gak orang join. HUHU. Kira success la tu kan ? 

Masa event, macam-macam ragam la budak-budak class ni. Ade best and tak best jgk. Yela, bukan semua orang satu kepala dengan kita kan. Pengajaran yang aku dapat dari event ni la kn, ade satu yang paling penting bila kerja dalam group ni. Ianya ialah letak diri kita dalam keadaan diri orang lain. Jangan la nak wat ikot kepala sendiri. Ikot la arahan yang dah orang buat tu. Kita ni keje kumpulan. Kalau penat sorang, baik letak organizer as individual bukan group. Ye dak?  Tak fair la kalau ade yang buat keje, ade yang goyang kaki. Lainla kalau masa tu xde benda nak buat. Bole la lepak2 main UNO 2 3 4 5 6 7 8  round. *Aku da pandai main UNO* Hahaha. 

Lagi.. Masa last day tu, kitorang buat karaoke sukahati. Ramai rupanya budak class aku yang pandai nyanyi. Sedap2 suara diorang especially Angah and Aiman. Aduhai.. I jeles ngan suara uollss.. pinjam bole? HUHU Untung la kan suare sedap~~ 

Apepon, kenangan masa event tu takkan aku lupa. Sebab ini la satu-satunye event yang aku tak bole nak enjoy2 duduk-duduk senang-senang hati. Sebab aku kena wat keje. Tak pela.. semua tu pengalaman. Pengalamna tak bole dibeli kan. Soooooo, Mak Oke Jer.. HIHI. Hope event2 lepas-lepas ni, lebih teratur and kemas. Congratulations classmate ! Hidop Marketing ! *Tibe-tibe kan. GI-LA !

Oke la.. itu je. Ntah korang paham ke tak ape aku merepek kat atas tu. Buat-buat paham la ye. OH ye, gambar takde, sebab xde orang upload. Gambar semua kat project manager. Nanti next time i upload gambar during the event oke. Ciao ! Assalamualaikum.. :))

Tuesday, September 6, 2011

Cerita 4 Bulan

Assalamualaikum and Selamat petang korang. Setelah sekian lame tak berbelog, di petang yang damai ini, akan terkeluar lah cerita-cerita yang sekian lame tersimpan. *Oke, kenapa panjang sangat ayat aku. Sila abaikan. Selama 4 bulan cuti, aku tak update pon blog ni. Sampai sawang pun dah tak rupe sawang dah.. Haih, kesian blog ni. Meh, nak cite aktiviti-aktiviti masa cuti 4 bulan.

Bulan pertama cuti semester ---> Middle May
       Masa ni, baru lepas habis final exam sem 4. So, after exam, kite kena la relax-relax kan otak yang dah terlalu stress kn ? And, that's it. Middle of may sampai la awal june, aku rest je. Melayan nafsu tgk tv and makan. HAHA. 

JUNE & JULY
      Niat dalam hati, bulan june ni nak pegi cari part time job. Cari punye cari, tak juge jumpe yang namenye kerja. Actually, bukan tak de. Cume, yelah, gadis bernama nurul izzaty jufri ni gedik sikit. Konon-konon nak kerja ofis je. Huuu.. Oke, saya mmg choosy bab2 camni. Saya tak suke kerja cashier, kfc, mcd and banyak lagi keje yang selalu student buat part time. Sebab semua kerja-kerja tu ikut shift, saya tak suke. Saya suke kerja yang teratur and specific masanya. So, sepanjang june, memang tak jumpe la keje tu. Sampai dalam Mudah.com la I cari. Tapi tak jumpe jgk. Haih. Sadis kn ? Menganggur lagi la bulan tu. 
         July pun i menganggur jugak. Ohh lupe. Both month ni, dalam takde-takde duit, sempat la 2 3 kali tengok movie and shopping. Naseb baek ade balance duit ptptn i.. HIHI. Lepas tu, middle july 2, acik I offer job. Yeah, kt office. And I accept la. Hantar resume ape sume. Seminggu lps interview, ofis call kate da dapat keje tu. Wahh, sukenye saya. Then, 28 july kot, ofis panggil suh start keje. Tapi tak pon. Katenye ade technical problem. Tak pe lah. Pukul 10 dah balik. Ntah pape kn. HAHA

AUGUST
        This month officially start keje. Takde tangguh-tangguh dah. Kerja kat ofis bukan lah semudah yang aku sangka. Ingat kerja kat ofis sng, seronok, tak pressure sangat. Rupe-rupenye, indah kabar dari rupa. HAHA Actualy, aku tak la fully buat kerja ofis. Kerja sebenarnye is uruskan pendaftaran warga-warga asing dalam Malaysia ni. The 6P's program. Korang taw tak program tu? Sape tengok berita mesti taw. Hari-hari kua berita. Part timer kt ofis ade 4 orang. 3 perempuan, sorang lelaki. 
        Kitorang berempat uruskan the thumbprint and registration all those PATI yang datang register kat ofis. Kalau nak cerita pengalaman kerja, memang tak tertulis la dalam ni, banyak sangat even kerja sebulan je. Memang pengalaman yang aku dapat tu, berharga sangat. Mau tidak, sebulan kerja macam setahun kerja. Taw la sikit procedure nak aply permit warga asing. Harga permit for each sector. Macam-macam lagi la. Melalui kerja aku ni jugak, aku jumpe macam-macam jenis orang. Bukan setakat malaysians je. Foreigner pon jumpe jgk.. Hahaha. Yeah, the PATI la foreigner-foreigner tu. Nepal, Bangladesh, Myanmar, Indonesian pasti ade. Mane lagi, u say it, u see it la sng ckp. *Nth betol nth tak aku ckp omputih tu. HAHA -Abaikan-  Di pendekkan cerita, sebulan je aku kerja. Sampai sebelum raye. Officially, 28aug2011 aku berenti kerja. Yeay !!! Dapat gaji jgk on dat day.. Seronok ! HUHU. 

SEPTEMBER
       Bulan ni, bulan berehat la. Dari 1 Syawal sampai la 12sept nanti, aku berehat jela.. Bermaharajalela kat rumah ni. Plus, turunkan balik berat badan aku yang dah naik mendadak sejak raya.. SEDIH !

12 September nanti, start la kuliah. Jadual pun da tgk. Get ready nak start class je la ni.. Ceh.. Best student tak aku? HAAHA. Tapi belum beli baju and beg baru untuk sem baru.. Canme? So, I nak g shopping skg.. Bye uollss sekalian.. Assalamualikum. :))