Monday, October 24, 2011

Tika & Saat Itu

Di petang yang hening itu,
Fikiranku terbang melayang
Membawa aku ke suatu masa dahulu
Suatu masa yang membawa seribu kemanisan

Waktu itu, Aku dan Dia berdua,
Terasa bahagia bila dia memberi perhatian pada aku
Walau sekeliling terdengar hingar-bingar orang lain
Tidak aku ambil pusing mereka
Kerana di sisiku ada Dia :)

Kini, Dia tiada lagi,
Hanya aku sendiri meniti hari-hari indah bersama insan lain
Insan-insan yang amat aku sayang
Kerana mereka, aku lupa tentang kewujudan Dia
Aku rela, kerana itu yang aku mahu
LUPA pada Dia. Ya ! LUPA pada Dia.

Dan kini aku berjaya,
Semua kerana aku bersama sahabat-sahabat terbaikku
Terima Kasih sahabat
Kerana menjadi teman suka duka, 
Kerana menjadi motivator yang berwibawa. :))

Kini, walau aku sendiri,
Tanpa Dia disisiku
Aku tetap gembira
Malah lebih gembira berbanding ada dia di sisi
Mungkin ini hikmahnya
Aku Redha. :)

~Saat aku terkenang kamu~
                                                   izzaty jufri        


2 comments:

  1. aku ada x dlm snarai???;)

    ReplyDelete
  2. Mestila ada.. ko,anis n wani la motivator yg dimaksudkan.. hahaha

    ReplyDelete