Thursday, December 1, 2011

Pertandingan Pencarian Internship Company

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di kesempatan ini, saya, Nurul Izzaty ingin menyampaikan sebuah cerita bertajuk KECEWA. Hahahaha. Kenapa aku skema sgt ni. Sila abaikan ke-skema-an aku. Kenapa title entry kali ni Kecewa? Mesti la sebab aku tuan empunye blog ni tgah kecewa. Kecewa, penat, malas nak fikir, macam2 lagi la. 

Ni nak cerita sikit pasal apply internship. Al maklumlah, aku kn da nak grad *taksabar*. Sebelum grad kena la buat practical training dulu kan. Aku ni pon apply la kat 2 company ni dengan harapan mereka tu menerima aku. Company mane  ? Biar lah aku je yang tau. Mane tak sakit hati ye kalau minggu pertama lepas hantar resume, dia kate dia terima. Tup tup lepas sebulan, bila call balik dia kata dia tak terima resume aku. Yang sebulan lepas tu resume sape? Pastu meeting memanjang. Call balik, kate dah dpt da resume. Pastu kate tak dapat pulak. Memang macam K****G... Sakit hati betol. Kalau dah taknak tu, reject je la.. Jangan buat orang tertunggu-tunggu. Sakit hati dibuatnye. Haih. Yang company lagi satu plak, ntah ape meroyan company tu, orang call taknak angkat. Dia nak simpan resume dgn head letter aku lame2 buat ape.. Haih. Bagi la balik kalau reject. GRRRRR ! Aku nak apply kat company lain gak la.. 

Dalam masa tunggu 2 company atas ni bagi jawapan, aku pun apply la kat company lain yang tak perlukan head letter. Dapat la kat 1 company event management ni. Kena pegi interview. Ramai rupenye budak class aku yang apply kt sini. So, kami beramai-ramai buat rombongan cik kiah g company ni. HAHA. Kelakar je. Tak dapat pun. Dapat emel dari dorg kate aku di reject. Sabo jela..

Pastu aku buat la follow up dgn company2 lain yang aku apply. Ade 1 company ni reply. Dia kate dia accept application aku. Membe aku lg sorg pun dapat jugak.. Happy tak terkira ni. Alih2, ptg td, membe aku cakap company tu ambik sorg je trainee untuk course aku ni. Apecerr tu ? Fenin-fenin.. Da buat pun head letter untuk dorg. Hantar je la. Kalau bukan aku insan terpilih tu, redha je la. Cari company lain pulak. Dah macam ape je aku rase bila asek kena reject ni. Down aku pnye confident level. Sadis sungguh. HIHI. 

So sekarang, aku tgah tunggu jawapan dari company tu. Kalau dia reject jugak, tak tau la nak apply kat mane lagi. Kepada korang2 yang bace entry ni, kalau ade suggestion company untuk internship, bagitahu la. HUHU. 

Itu la cerita pasal pencarian company untuk internship aku. HAHAHA. Banyak lagi benda2 seronok yang aku lalui minggu2 sebelum ni. Just malas nak update. Bukan ape, tak sempat la. Asyik dating dgn abg assignment je, mane nak sempat update2 blog kn. HUHU. Nanti entry lagi satu, aku cerita pasal activity aku yang best sgt tu oke. Sekian saja untuk entry ini. Assalamualaikum. 

P/S : tajuk asal entry ni ialah KECEWA. Tp aku rase mcm tak sesuai, so, aku tukar title baru. HUHU

No comments:

Post a Comment