Saturday, December 31, 2011

W.H.A.T.

Assalamualaikum. Selamat malam readers. Hari ini, 31 Disember, hari terakhir di tahun 2011 jatuh pada hari sabtu. Esok 2012 da menjelma. Please be nice to me ok 2012. Harap-harap 2012 akan memberi lagi banyak kegembiraan dalam hidup aku. Harap-harap hidup aku akan bertambah ceria.

Jom imbas sikit peristiwa-peristiwa tahun 2011. Apa yang paling best and yang paling tak best dalam tahun 2011. Let's start with the best one. 

Best part of my 2011 : 
  1. Aku dapat menikmati duit hasil titik peluh sendiri. Satu kepuasan bagi aku. Hahaha. Ternyata, aku mampu untuk bekerja walaupun cume untuk sementara. And, duit hasil titik peluh aku tu, aku beli beg. Kira 1st bag with 1st own income la.  
  2. Best academic achivement in my life. Yes, pada tahun 2011 ni lah, impian aku yang satu merangkap azam 2011 aku tercapai. Sebenarnya, aku tak expect pon nak dapat tu. Memang rezeki aku murah tahun 2011 ni. Alhamdulilah,
  3. Hah ! Lagi 1, ni yang paling latest la ni. Aku bukan lagi pemegang lesen P. Weee~~ Dah merdeka. Dah boleh cabut sticker P kt kereta tu. *tapi aku tak cabut lagi. rase syg plak. HAHA
  4. Cukup-cukup la tu.....
Worst part of my 2011 :
Ade 2 benda je yang aku rase paling worst ms 2011. 
  1. Tahun paling banyak kena saman. Tahun ni la yang aku paling banyak and 1st time kena saman. 1st saman yang aku kena is masa Ramadhan lepas, on the 1st Ramadhan plak 2. Saman sebab tak pakai tali pinggang. Second, aku kena saman dengan MBSA plak sebab letak kereta merata-rata. HAHA. Bole mcm tu ?? Aku bukan sengaja nak letak kt situ, da parking penuh, aku letak jela,, HUHU. Itu je la saman yang aku dapat. *Kira banyak la kn sebab sblm ni x pnh kne saman,
  2. Aku menderita sakit telinga. Telinga aku bengkak. Sakit gila la. Mula-mula, aku tak nak jumpa doctor sbb takut doctor ckp aku dpt KANSER TELINGA. Ahahaha. Sebenarnye tak pon. Telinga aku bengkak je. tu yang sakit nak mati tu.. Btw, tu la penyakit yang aku paling tak tahan sekali. 
Okeh.. Itu la sedikit-sedikit peristiwa 2011 aku. Next, kita cakap pasal future--->2012

Apakah azam tahun baru ??

Tak banyak. Ada 3 je.
  1. Grad with flying colors result. *Really hope my cgpa is more than 3.50 sbb x nk byar PTPTN. ;)
  2. Nak cari partner. Errr, melampau sangat tak azam tu? Hahaha. *Umi, azam yang ni along pass kt umi la.. Tolong cari kan bole? HAHA
  3. Ha, yang ni azam yang paling tak penting sekali. Nak tambah koleksi kasut and beg. Saya nak beg CR tu. Comel banget. Kalau ada rezei lebih nak jugak CHANEL , GUESS , BUM and byk lagi beg. 
p/s > Iam serious with my first and third azam tu, yang second tu kalau ade jodoh la. Kalau seru tak sampai lagi pon, I ok jer.. HUHU. I buat azam tu sebab my mom mcm da bg hint suroh cari partner. Hahaha. 

Monday, December 5, 2011

R . A. N. D. O. M.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Aku tengah boring sebenarnya sekarang ni and tiba-tiba terasa nak mengarang a.k.a. merepek. HAHA.

Oleh kerana tak tau nak cerita pasal ape, so, I put "Random" as the title. HUHU
Hujung-hujung sem ni supposedly student macam daku ni bz with all those assignment kn..? Sape kata aku tak bz dengan assignment ? Bz tau tak.. Bz gile. Assignment berebut-rebut wt appointment nak date dengan aku. Just aku malas je nak accept invitation dorg.. HAhAh *Bajet gile*. 

Ntah la, malam ni malas nak mengadap buku, assignment, dan ape2 la yang berkaitan dengan study. Malam ni rase macam nak rehatkan kepala otak ni..

Bukan ape, kesian kat kepala aku ni. Karang mengadap assignment tak berenti, jadi botak plak. ni pun, rambut berlumba-lumba nak g outing. Haih. nasib-nasib. Nak wat camane, untuk future gak kn. Nak stop, mmg tak mungkin, so, rehat la kejap.

Cakap-cakap pasal assignment ni kan, mungkin ni la tahun aku yang paling last untuk mengadap buku-buku tebal. KENAPA ?? sebab ni dah my final year.. Yeay !!! Saya dah nak grad. Sumpah tak sabar. HUHU.
Tapi, at the same time, takut gak nak masuk alam pekerjaan. Menuntut aku untuk lebih bertanggungjawab, komited and macam2 lagi la. Huu.. Whatever it is, hidup kena teruskan jugak. Tak mungkin la aku nak jd student berwibawa selamanya. 

Tak lame dah nak grad, dalam 7 8 bulan cam tu. Januari ni dah final exam. Lepas tu, practical training pulak. pastu habis la. Bercakap pasal practical training ni, aku risau la pulak. Dengan tempat internship tak confirm lagi. Kalau tak cnfirm, x grad la aku. Hope cmpany kt Klang 2, confirm la ambik aku. Aku dah malas nak fikir. Ngeee~~

Hmmmmm..... aku dah tak tau nak cakap ape lagi. Tu je la.. Bye3. 


Aku and Anis *Sweet kan kami* Hahaha


Bella and Wani *cute kt mereka* Ngee~~
 

Thursday, December 1, 2011

Pertandingan Pencarian Internship Company

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di kesempatan ini, saya, Nurul Izzaty ingin menyampaikan sebuah cerita bertajuk KECEWA. Hahahaha. Kenapa aku skema sgt ni. Sila abaikan ke-skema-an aku. Kenapa title entry kali ni Kecewa? Mesti la sebab aku tuan empunye blog ni tgah kecewa. Kecewa, penat, malas nak fikir, macam2 lagi la. 

Ni nak cerita sikit pasal apply internship. Al maklumlah, aku kn da nak grad *taksabar*. Sebelum grad kena la buat practical training dulu kan. Aku ni pon apply la kat 2 company ni dengan harapan mereka tu menerima aku. Company mane  ? Biar lah aku je yang tau. Mane tak sakit hati ye kalau minggu pertama lepas hantar resume, dia kate dia terima. Tup tup lepas sebulan, bila call balik dia kata dia tak terima resume aku. Yang sebulan lepas tu resume sape? Pastu meeting memanjang. Call balik, kate dah dpt da resume. Pastu kate tak dapat pulak. Memang macam K****G... Sakit hati betol. Kalau dah taknak tu, reject je la.. Jangan buat orang tertunggu-tunggu. Sakit hati dibuatnye. Haih. Yang company lagi satu plak, ntah ape meroyan company tu, orang call taknak angkat. Dia nak simpan resume dgn head letter aku lame2 buat ape.. Haih. Bagi la balik kalau reject. GRRRRR ! Aku nak apply kat company lain gak la.. 

Dalam masa tunggu 2 company atas ni bagi jawapan, aku pun apply la kat company lain yang tak perlukan head letter. Dapat la kat 1 company event management ni. Kena pegi interview. Ramai rupenye budak class aku yang apply kt sini. So, kami beramai-ramai buat rombongan cik kiah g company ni. HAHA. Kelakar je. Tak dapat pun. Dapat emel dari dorg kate aku di reject. Sabo jela..

Pastu aku buat la follow up dgn company2 lain yang aku apply. Ade 1 company ni reply. Dia kate dia accept application aku. Membe aku lg sorg pun dapat jugak.. Happy tak terkira ni. Alih2, ptg td, membe aku cakap company tu ambik sorg je trainee untuk course aku ni. Apecerr tu ? Fenin-fenin.. Da buat pun head letter untuk dorg. Hantar je la. Kalau bukan aku insan terpilih tu, redha je la. Cari company lain pulak. Dah macam ape je aku rase bila asek kena reject ni. Down aku pnye confident level. Sadis sungguh. HIHI. 

So sekarang, aku tgah tunggu jawapan dari company tu. Kalau dia reject jugak, tak tau la nak apply kat mane lagi. Kepada korang2 yang bace entry ni, kalau ade suggestion company untuk internship, bagitahu la. HUHU. 

Itu la cerita pasal pencarian company untuk internship aku. HAHAHA. Banyak lagi benda2 seronok yang aku lalui minggu2 sebelum ni. Just malas nak update. Bukan ape, tak sempat la. Asyik dating dgn abg assignment je, mane nak sempat update2 blog kn. HUHU. Nanti entry lagi satu, aku cerita pasal activity aku yang best sgt tu oke. Sekian saja untuk entry ini. Assalamualaikum. 

P/S : tajuk asal entry ni ialah KECEWA. Tp aku rase mcm tak sesuai, so, aku tukar title baru. HUHU