Saturday, August 11, 2012

#5


Assalamualaikum wbt. Semoga sihat-sihat hendaknya para pembaca blog ku. HUHU. Bulan-bulan puasa ni, kena la sihat-sihat. Karang tak sihat, jadi alas an tak nak puasa plak. No No No. Jangan begitu. Tak baik taw.

Malas nak intro banyak-banyak, so, aku terus cerita la ea. Last two weeks, dia message aku ajak berbuka same. Malangnya, masa tu aku dekat Port Dickson, hantar adik aku balik poli. So, tak bole la nak berbuka same-same. Kecewa sudah tentu. Tapi nak buat macam mane, tak de rezeki nak buka puasa dengan dia kan.

The next week, aku ingat nak ajak dia berbuka same la kan. HEHE. Tapi weekend tu, aku kua dengan my family. Shopping for Raya. Aku dah agak2 ni balik nanti sempat kot nak message dia ajak berbuka. Memang masa shopping tu, aku tak tengok henpon langsung. Dah otw balik baru aku perasan ade message. Then aku buka la. Taaraaaaaa ! Dia message. And for the second time, dia ajak berbuka sama-sama. *Dalam hati, nasib baik dah otw balik. HAHA. Then aku reply la. Belum sempat delivered, dia dah call. Amboi, sabar la cik abang, saya baru je reply message awak. Ngee~ Gatai ! Nak di jadikan cerita, battery fon masa tu memang tunggu time je nak habis. Alahai battery, time ni la kau nak habis kan. Benci betol.

Aku ni dah serba-salah. Nak angkat ke tak dia call? Jap lagi kalau angkat, takut mati plak fon ni. Kalau tak angkat, tak dapat cakap. Cane ? Last-last, tawakal je la. Angkat. Gtaw la baru otw balik ape sume. Tak sure bole kua same ke tak sume. Suara tak payah nak kecewa sangat la awak sebab tak dapat kua buka same-same. HAHA. Pastu, dia hang up. Ish ! Orang belum habis cakap la awak. Dia selalu macam tu. Benci ! Pastu aku tunggu la kot-kot dia nak reply message aku yang tadi tu. Memang harapan la kan. Dia tak reply pun. Last-last, aku tido sampai Banting.

Tido punye tido, aku terjaga bila mak aku tanya ayah aku, nak singgah mana-mana lagi tak. Dalam hati aku, cakap ‘tak’ ayah. Plissss. Aku nak kua dengan dia ! Ngeh3. Tapi ayah cakap singgah plak. Eeeii ! Ikot jela. Lagipun, masa tu awal lagi. Belum pukul 6 pun. Masa shopping kat Banting tu, aku memang dah tak de mood da. Nak balik cepat. Doa ni dalam hati, cepat la habis shopping. HAHA. Thank God, kitorang habis shoping dalam pukul 5.45 cam tu. Then balik la. At the same time, tangan ni dah pegang henpon nak message dia.

Hmmm, tak sempat nak bukak menu kat fon tu, dia dah message dulu. Wahhhh ! Nampak tak chemistry kitorang ? HAHA. Dia tanya, bole tak kua buka sama. So aku jawab 'Ok la'. Aku suruh dia pick up aku. Dah setuju ape sume. Sampai je rumah, terus siap-siap, solat sume. Aku terus kua. Tepat pada masa and ketika aku sampai kat tempat yang aku suruh dia pick up aku tu. Haaaaa, Nampak tu konsep dia ? HAHA

Then kitorang gerak la. Dia tanya aku nak buka kat mana. Aku mana taw. Dah dia ajak aku, dia la pikir tempat. Aku cukup tak gemar kalau kena fikir-fikir tempat nak pegi ni. Ngee~~ Dia bawak aku g makan kat Klang. Dah habis makan tu, dia tanya plak, nak pegi mana lagi ni ? Aku memang tak de plan nak pegi mana-mana malam tu. Aku jawab la, “Ntah. Awak nak pegi mana.” Dia kata dia nak g Tesco. Nak membeli-belah katanya. Aku pun oke je la.

Sampai Tesco, baru aku terfikir, dia nak beli barang ape kat sini. Tak kan nak shopping raya kat Tesco kot. Hmm. Layan je la kan. Aku pun follow je la dia. Dia g amek troli. Elok je awal tu dia tolak. Masuk je dalam tu, bole dia suruh aku yang tolak. Pemalas la dia ni. Aku pun tolak la dengan rela tak rela. HAHA. Da la amek troli tak best. Pastu di bawak nya aku pegi tempat barang-barang kereta. Ni yang lemah ni. Tak suke la. Tapi nak buat macam mana, dah dia bawak aku, aku ikot je la. Dia beli la barang untuk kereta dia. HAHA.

Then jalan tengok apa benda la tools untuk repair-repair benda. Dia memang cukup minat dengan benda-benda macam tu. Tension aku la. Dah puas dia belek-belek sume benda kat tempat tu, kitorang jalan la. Aku tolak troli kat belakang, dia bole syok bahagia jalan kat depan. Ciss ! Nampak tak yang aku kena buli ? Tak aci ! Then aku panggil la dia, suh dia tarik troli tu, senang sket aku nak tolak. Tak la sume benda aku langgar. Haha.

Lepas tu, kitorang g bahagian makanan plak. Masa kat bahagian makanan ni, aku rase macam aku ni bini dia plak. HAHA. Bengong ! Aku ikot kn je la. Dia amek la nuggets, burger, maggi, lagi ape ? Ice cream sume cukup. Vitagen pun dia amek jugak. Ya Allah, ni nak beli untuk sebulan ke setengah tahun ni ? Banyak makanan dia beli. Patot la gemok ! Hahaha. Dah pusing satu Tesco, dia g bayar ape sume. Aku jugak tu yang kena tolak troli keluar. Heeiii, nasib baik la aku suka kau mamat. Kalau tak, jangan harap aku bagi kau buli aku taw.

Sampai kereta, aku bia je dia susun barang dia sorang-sorang. Padan muka. Huhu. Then, aku budget dia nak balik dah. Dia tanya aku nak jalan mana. Belom nak balik rupenya. Aku pun belom nak balik sebenarnya. HAHA. Alang-alang kua, bia la lama terus kan. Aku memang tak taw nak pegi mana kat Klang ni. Tak familiar la area Klang.

Last-last, dia yang decide nak g tempat yang selalu dia ajak, tapi aku tak nak pegi. Oleh kerana dia dah selalu ajak, and aku tak nak, so, malam 2 aku setuju jela pegi sana. Nak gak tengok macam mane suasana malam kat sane. Sampai je sana, tengok-tengok orang sume dah kemas kedai. Mana tak nya kalau sampai sana dah pukul 10. Memang la orang dah kemas. Nak balik rehat, esok pagi nak sahur. Aku cakap cam tu kat dia, Bole plak dia gelak. Salah ke aku cakap ? Betul la kan. Turun je dari kereta, aku terus cari port nak duduk. Tak lame aku duduk, dia ajak aku jalan plak. Awak, saya penat la. Sehari suntuk taw saya berjalan. *dalam hati je cakap tu*

Dengan malas, aku bangun la jugak ikot dia jalan. Tengok kot-kot ada pape lagi kat sebelah sana. Memang dah tak de ape la kan. Dah sampai hujung, aku duk balik kat tembok tepi tu. Baru duduk, x sampai seminit, dah ajak patah balik. Ngeeee ! Geram betol. Pastu dia cakap aku malas nak jalan ! *Saya penat la, bukan malas* Tapi aku bangun jugak. Di buat nye dia tinggal aku kat situ, lagi naye. Walaupun ade orang lagi, seram jugak kot. HEHE. Dah puas jalan tu, dah boring tak de pape, dia ajak balik. Sebab aku pun dah penat, so, kitorang pun balik la.

On the way balik aku memang senyap je. Penat kot. Dia tu memang tak bole tengok aku aman. Ade je nak usik-usik. Nak tido pun tak bole. Geram betol. Last-last, kena seketul dengan aku. Padan muka. HAHA. Sampai Banting dalam pukul 11. Oke la tu kan, tak la lewat sangat. Before 12 am consider tak lewat la kan. HEHE.

Oke la, tu la ceritanya berbuka puasa bersama si dia. Wakaka. Aku taw dia bakal jadi milik orang lain. Tapi, sementara dia belum betul-betul jadi milik orang, sebelum aku betul-betul tak boleh rapat dengan dia, why not aku kumpul kan seberapa banyak kenangan dengan dia kan. At least,ade benda yang aku nak ingat pasal dia kemudian hari nanti. Aku akan ingat dia sebagai yang teristimewa selagi aku belum jumpa orang yang boleh buat aku lupe kan dia. Lepas jumpa pengganti dia, I’ll make sure, dia takkan muncul dalam memori aku kecuali sebgai kawan.

Sekian, Terima Kasih. Jumpa lagi di entry akan datang, Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment